Sains Duniaku...
Blog bercerita mengenai Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.Di dalamnya ada tajuk haiwan, tumbuhan, warna dan lain-lain...
Friday, 9 December 2011
Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1
Contoh 2
Tajuk | Lidah Untuk merasa. |
Ringkasan | Murid mengenalpasti rasa manis, masin,masam dan pahit pada makanan. |
Standard Kandungan | Sains Fizikal 7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa. |
Standard pembelajaran | 7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan. |
Masa | 60 minit |
EMK | Keusahawanan Kreatif dan inovatif |
Sumber | i) Bahan maujud (jeruk buah, garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan) . ii) Lembaran kerja iii) Buku teks dan aktiviti |
Aktiviti | 1. Persediaan i) Guru meminta pelajar merasa jeruk buah yang mengandungi beberapa jenis buah-buahan. ii) Pelajar menyatakan buah yang terdapat dalam jeruk buah itu. iii) Murid mengenalpasti rasa pada jeruk buah tersebut. 2. Imaginasi i) Pelajar menyatakan perbezaan rasa yang terdapat dalam jeruk buah. ii) Murid mengelaskan bahan dalam jeruk mengikut rasa yang dikenalpasti. 3. Perkembangan iv) Pelajar diagihkan ke dalam 6 kumpulan. v) Pelajar diberi beberapa jenis bahan seperti garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan . vi) Pelajar merasa dengan lidah bahan-bahan yang diberikan. 4. Tindakan i) Pelajar melengkapkan jadual rasa berdasarkan bahan bahan yang diberikan. ii) Pelajar membentangkan hasil mereka iii) Pelajar mencampurkan buah-buahan tersebut supaya menjadi rojak yang sedap (EMK-Kreatif) iv) Pelajar bertukar-tukar rojak dengan kumpulan lain. |
Penilaian | Contoh soalan : i) Padankan makanan dengan rasanya.( buku aktiviti m/s 41 ) |
Aktiviti pemulihan | Pelajar menulis perkataan berdasarkan rasa pada makanan ( lembaran kerja) |
Aktiviti pengayaan | Melengkapkan jadual rasa berdasarkan makanan yang diberi. ( lembaran kerja) |
RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1
Contoh 1
Tajuk: | DUNIA WARNA |
Ringkasan:
| Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga. |
Standard Kandungan: | Sains Fizikal 5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna. |
Standard Pembelajaran: | 5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga. |
EMK : | Kreativiti dan TMK |
Tempoh masa: | 2 waktu |
Sumber: | 1. Belon Pelbagai Warna (hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga.) 2. Lampiran 1 3. Lembaran Kerja 1 (Penilaian) 4. Lembaran Kerja 2 (Penilaian) 5. Lembaran Kerja 3 (Pemulihan) 6. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan) 7. LCD 8. MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza) |
Aktiviti: | 1. Murid memerhatikan dan menyatakan warna-warna yang ditayangkan melalui Power Point . Soalan: 1. Warna apakah yang dapat kamu perhatikan?
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan satu belon berwarna berdasarkan warna-warna yang dipaparkan tadi. 3. Murid dibawa keluar dari kelas ke kawasan tempat letak kenderaan. 4. Murid memerhatikan objek di sekeliling yang mempunyai warna yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya). 5. Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan. 6. Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu. 7. Guru kemudian membawa murid mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenalpasti warna-warna lain. Guru membawa murid balik ke kelas. 8. Guru menunjukkan semula power point dengan warna-warna yang berbeza (biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu dan jingga) dan murid menyebut warna yang ditunjukkan. Guru menekankan aspek ejaan dan sebutan. (Lampiran 2) 9. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada murid 10. Guru memaparkan gambar pada skrin dan menyoal murid apa akan terjadi sekiranya semua objek sekeliling kita mempunyai warna yang sama. ( Lampiran 1) 11. Guru mengaitkan warna dengan alam sekeliling dengan kejadian ciptaan Nya. |
Penilaian: | Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 |
Aktiviti Pemulihan: | Murid menjawab Lembaran Kerja 3 |
Aktiviti Pengayaan: | Mewarnakan gambar mengikut kreativiti murid menggunakan MS Paint. |
| |