Wednesday 7 December 2011

RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1

 

Contoh 2

Tajuk

Lidah Untuk merasa.

Ringkasan

Murid mengenalpasti rasa manis, masin,masam dan pahit pada makanan.

Standard Kandungan

Sains Fizikal

7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa.

Standard pembelajaran

7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis,

masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan.

Masa

60 minit

EMK

Keusahawanan

Kreatif dan inovatif

Sumber

i) Bahan maujud (jeruk buah, garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan) .

ii) Lembaran kerja

iii) Buku teks dan aktiviti

Aktiviti

1. Persediaan

i) Guru meminta pelajar merasa jeruk buah yang mengandungi beberapa jenis buah-buahan.

ii) Pelajar menyatakan buah yang terdapat dalam jeruk buah itu.

iii) Murid mengenalpasti rasa pada jeruk buah tersebut.

2. Imaginasi

i) Pelajar menyatakan perbezaan rasa yang terdapat dalam jeruk buah.

ii) Murid mengelaskan bahan dalam jeruk mengikut rasa yang dikenalpasti.

3. Perkembangan

iv) Pelajar diagihkan ke dalam 6 kumpulan.

v) Pelajar diberi beberapa jenis bahan seperti garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan .

vi) Pelajar merasa dengan lidah bahan-bahan yang diberikan.

4. Tindakan

i) Pelajar melengkapkan jadual rasa berdasarkan bahan bahan yang diberikan.

ii) Pelajar membentangkan hasil mereka

iii) Pelajar mencampurkan buah-buahan tersebut supaya menjadi rojak yang sedap (EMK-Kreatif)

iv) Pelajar bertukar-tukar rojak dengan kumpulan lain.

Penilaian

Contoh soalan :

i) Padankan makanan dengan rasanya.( buku aktiviti m/s 41 )

Aktiviti pemulihan

Pelajar menulis perkataan berdasarkan rasa pada makanan

( lembaran kerja)

Aktiviti pengayaan

Melengkapkan jadual rasa berdasarkan makanan yang diberi. ( lembaran kerja)

No comments:

Post a Comment