Thursday 8 December 2011

Wajah-wajah pewaris bangsa....

Murid-murid tahun 1 yang diajarkan dunia sains dan teknologi kepada mereka. Sentiasa menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari  sains. Semoga beroleh ilmu pengetahuan yang bermanfaat sebelum melangkah ke tahun 2.

PA130066

Wednesday 7 December 2011

RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1

 

Contoh 2

Tajuk

Lidah Untuk merasa.

Ringkasan

Murid mengenalpasti rasa manis, masin,masam dan pahit pada makanan.

Standard Kandungan

Sains Fizikal

7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa.

Standard pembelajaran

7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis,

masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan.

Masa

60 minit

EMK

Keusahawanan

Kreatif dan inovatif

Sumber

i) Bahan maujud (jeruk buah, garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan) .

ii) Lembaran kerja

iii) Buku teks dan aktiviti

Aktiviti

1. Persediaan

i) Guru meminta pelajar merasa jeruk buah yang mengandungi beberapa jenis buah-buahan.

ii) Pelajar menyatakan buah yang terdapat dalam jeruk buah itu.

iii) Murid mengenalpasti rasa pada jeruk buah tersebut.

2. Imaginasi

i) Pelajar menyatakan perbezaan rasa yang terdapat dalam jeruk buah.

ii) Murid mengelaskan bahan dalam jeruk mengikut rasa yang dikenalpasti.

3. Perkembangan

iv) Pelajar diagihkan ke dalam 6 kumpulan.

v) Pelajar diberi beberapa jenis bahan seperti garam, gula, peria, kopi, kicap dan buah-buahan .

vi) Pelajar merasa dengan lidah bahan-bahan yang diberikan.

4. Tindakan

i) Pelajar melengkapkan jadual rasa berdasarkan bahan bahan yang diberikan.

ii) Pelajar membentangkan hasil mereka

iii) Pelajar mencampurkan buah-buahan tersebut supaya menjadi rojak yang sedap (EMK-Kreatif)

iv) Pelajar bertukar-tukar rojak dengan kumpulan lain.

Penilaian

Contoh soalan :

i) Padankan makanan dengan rasanya.( buku aktiviti m/s 41 )

Aktiviti pemulihan

Pelajar menulis perkataan berdasarkan rasa pada makanan

( lembaran kerja)

Aktiviti pengayaan

Melengkapkan jadual rasa berdasarkan makanan yang diberi. ( lembaran kerja)

RPH Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1

 

Contoh 1

Tajuk:

DUNIA WARNA

Ringkasan:

Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga.

Standard

Kandungan:

Sains Fizikal

5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.

Standard Pembelajaran:

5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau,

kuning, ungu, dan jingga.

EMK :

Kreativiti dan TMK

Tempoh masa:

2 waktu

Sumber:

1. Belon Pelbagai Warna (hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga.)

2. Lampiran 1

3. Lembaran Kerja 1 (Penilaian)

4. Lembaran Kerja 2 (Penilaian)

5. Lembaran Kerja 3 (Pemulihan)

6. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan)

7. LCD

8. MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza)

Aktiviti:

1. Murid memerhatikan dan menyatakan warna-warna yang ditayangkan melalui Power Point .

Soalan: 1. Warna apakah yang dapat kamu perhatikan?

 

                           clip_image003[6]

2. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan satu belon berwarna berdasarkan warna-warna yang dipaparkan tadi.

3. Murid dibawa keluar dari kelas ke kawasan tempat letak kenderaan.

4. Murid memerhatikan objek di sekeliling yang mempunyai warna yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya).

5. Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan.

6. Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu.

7. Guru kemudian membawa murid mengelilingi kawasan sekolah untuk mengenalpasti warna-warna lain. Guru membawa murid balik ke kelas.

8. Guru menunjukkan semula power point dengan warna-warna yang berbeza (biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu dan jingga) dan murid menyebut warna yang ditunjukkan. Guru menekankan aspek ejaan dan sebutan. (Lampiran 2)

9. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada murid

10. Guru memaparkan gambar pada skrin dan menyoal murid apa akan terjadi sekiranya semua objek sekeliling kita mempunyai warna yang sama.

( Lampiran 1)

11. Guru mengaitkan warna dengan alam sekeliling dengan kejadian ciptaan Nya.

Penilaian:

Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan

Lembaran Kerja 2

Aktiviti Pemulihan:

Murid menjawab Lembaran Kerja 3

Aktiviti Pengayaan:

Mewarnakan gambar mengikut kreativiti murid menggunakan MS Paint.

 

 

 

KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 1

KSSR TMK Thn 1